Wednesday, July 25, 2012

ramadhan ke 5

Assalamualaikum dan hai.Alhamdulillah hari ini dah masuk ramadhan ke 5 dan hari ini jugak eyda demam tapi eyda masih larat lagi untuk berpuasa.Kenapa blog eyda jadi macam ini,sebab eyda dah tatau nak edit macam mana lagi.Alahhhh,cakap je lah pemalas kan senang haha.Insyaallah nanti eyda dah rajin,eyda sambung edit balik .Tengok la tahun depan ke :D

Selamat berbuka.Tinggal lagi  2 jam jee hehe.Sabar k.Nanti masa berbuka makan jangan gelojoh sangat,kang tercekik pulak.
Eyda rindu zarul.(:

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan ke 4

Assalamualaikum dan hai.Hari ini dah masuk ramadhan ke 4.Alhamdulillah setakat hari ini,eyda masih lagi berpuasa penuh walaupun kaki tergeliat.Rasanya takda kena mengena lapar dengan tergeliat kan hehe.Dan ramadhan ke 4 ni jugak la,ayah eyda demam.Kesian eyda tengok.Hari ini ayah balik kerja awal sebab tak sihat sebelum balik rumah ayah dah pergi hospital.Balik-balik je rumah tadi,ayah terus muntah.Masuk hari ini,dah 3 hari ayah tak sihat.Harap ayah eyda cepat sihat.Amin.

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan

Assalamualaikum dan haiiiii.Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua kita mula berpuasa kan,mesti ada yang rasa penat kan.Eyda tak penat pun,lagi semangat ada lahhh.Serius tak tipu k hehe.Opss terlupa nak cakap selamat menyambut ramadhan al-mubarak,harap-harap tahun ni dapat la puasa penuh,dapat solat terawih,khatam al-quran dan lakukan perkara-perkara yang berfaedah masa bulan ramadhan ni.Insyaallah.

Masa bulan ramdhan ni mesti ramai yang cenggini kan hehe :D

Friday, July 6, 2012

rindu

Assalamualaikum.
Yaallah,tolong sampaikan rinduku kepada mohd zarul izham.Saya terlalu rindukan dia sangat-sangat.