Wednesday, July 25, 2012

ramadhan ke 5

Assalamualaikum dan hai.Alhamdulillah hari ini dah masuk ramadhan ke 5 dan hari ini jugak eyda demam tapi eyda masih larat lagi untuk berpuasa.Kenapa blog eyda jadi macam ini,sebab eyda dah tatau nak edit macam mana lagi.Alahhhh,cakap je lah pemalas kan senang haha.Insyaallah nanti eyda dah rajin,eyda sambung edit balik .Tengok la tahun depan ke :D

Selamat berbuka.Tinggal lagi  2 jam jee hehe.Sabar k.Nanti masa berbuka makan jangan gelojoh sangat,kang tercekik pulak.
Eyda rindu zarul.(:

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan ke 4

Assalamualaikum dan hai.Hari ini dah masuk ramadhan ke 4.Alhamdulillah setakat hari ini,eyda masih lagi berpuasa penuh walaupun kaki tergeliat.Rasanya takda kena mengena lapar dengan tergeliat kan hehe.Dan ramadhan ke 4 ni jugak la,ayah eyda demam.Kesian eyda tengok.Hari ini ayah balik kerja awal sebab tak sihat sebelum balik rumah ayah dah pergi hospital.Balik-balik je rumah tadi,ayah terus muntah.Masuk hari ini,dah 3 hari ayah tak sihat.Harap ayah eyda cepat sihat.Amin.

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan

Assalamualaikum dan haiiiii.Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua kita mula berpuasa kan,mesti ada yang rasa penat kan.Eyda tak penat pun,lagi semangat ada lahhh.Serius tak tipu k hehe.Opss terlupa nak cakap selamat menyambut ramadhan al-mubarak,harap-harap tahun ni dapat la puasa penuh,dapat solat terawih,khatam al-quran dan lakukan perkara-perkara yang berfaedah masa bulan ramadhan ni.Insyaallah.

Masa bulan ramdhan ni mesti ramai yang cenggini kan hehe :D

Friday, July 6, 2012

rindu

Assalamualaikum.
Yaallah,tolong sampaikan rinduku kepada mohd zarul izham.Saya terlalu rindukan dia sangat-sangat.


Friday, June 29, 2012

Holiday

Assalamualaikum dan hai semua.Lamanya tak post something kat blog ni,al-maklum la cekkk sibuk sekarang ni hahaha *ketuk kepala dengan bantal* :D Masa cuti bulan mei hari tu,eyda dan keluarga pergi Cameron Highlands lagiiii.Haaaa pergi sana lagi,setahun sampai berapa kali tah pergi sana.Dah sampai bangla-bangla hok kat ladang teh ,ladang strawberi pun dah boleh cam muka dan kawan-kawan pun tau eyda selalu pergi sana hehe.Takpa takpa lagi pun kat sana sejukkk,best la.:D

Yummyyy,tapi eyda tak sempat makan pun sebab adik-adik makan sampai habis,benci ahh.T.T


Ni masa kat Avant Chocolate.Ok julinggg mata dan telan air liur masa kat situ.
Sebab banyak gila coklat.Ehh mamat sebelah tu rasa dia tinggi pulak.Foine foine budak :D

Byebyeeee Cameron Higlands,hello Perak hehe

Dannnn alhamdulillah eyda dapat tawaran ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dalam kos pengajian filem dan video.Fulamakkkk,bakal jadi puan direktor la alamatnya haha.Haishh,duk Perlis lagi 3 tahun laa,sebelum ni 2 tahun kat sekolah sana jadi cukup la pakej 5 tahun kat sana hehe.Tapi eyda dapat second intake punya kemasukan jadi bulan disember ni la baru daftar.

Wednesday, May 2, 2012

may :)


Assalamualaikum and haii may (: Sedar tak sedar sekarang dah masuk  bulan may dah kan.Maknanya bulan ni eyda akan cukup 18 tahun dah la eh.Cupcupp 16 may ok baru 18 tahun hehe.Wahhh,ceq nak masuk alam dewasa dah hahaha.Alhamdulillah eyda masih lagi hidup sampai sekarang dan eyda cukup gembira dengan kehidupan sekarang.Walaupun dah macam macam dugaan dan rintangan yang telah eyda hadapi.Hahaha tak tahan ayat hang eyda oiiii :D 

Sekarang ni eyda tengah tunggu tawaran dari upu.Entah dapat ke tak,entah la.Kalau dapat tu alhamdulillah la,kalau tak  dapat nak buat macam mana dah bukan rezeki eyda lagi kot :) Eyda dapat tawaran sambung form 6 tapi tatau la lagi nak pi ke tak.Btw,form 6 setahun lebih ja lepas tu terus sambung degree if result stpm ok la.Walaupun form 6 kejap je dan subjek tak banyak tapi masa tu memang kena study hard la sebab subjek dia bukan hat biasa biasa ja.Form 6 ni kena banyak membaca beb even buku dia pun tebal tebal macam kamus lah haha.Takpa la,kalau nak pandai kita kena la study lebih kan.

Eyda ada la berborak dengan kawan pasal ni,dorang cakap better ambik form 6 sebab lepas tu terus degree kan.Kalau ambik diploma kena belajar dalam 3 tahun macam tu ahh baru sambung degree.Memang nak kena pakai banyak duit kann.Masa diploma pastu degree lagii,memang banyak la kan nak kena buat pinjaman.Kalau parents hampa kaya takpa la beb,kalau sederhana pun takpa sebab still boleh buat pinjaman PTPTN.Terpulang pada hampa la nak decided camna kan.

Buat masa sekarang eyda pun serabut bila fikir pasal ni,insyallah mungkin eyda pergi daftar dulu kot form 6.Kalau dapat tawaran daripada upu tu,tengok la eyda akan mempertimbangkan yang mana terbaik.:)Hope hampa hampa kat luar sana tu buat la keputusan yang terbaik ok.Doakan yang terbaik jua untuk eyda.Smilee my dear readers :)

Monday, April 30, 2012

meet you

Assalamualaikum readers :) Lamakan eyda tak mencoretkan sesuatu kat sini hahaha.Perghhh,ayat tak boleh blah. Anyway 21 April ritu,zarul balik sini.Terharuuuuu beb sebab dia balik sini semata mata nak jumpa eyda ja.I love youuu lah bie :) So eyda bawak la dia pi peneng,actually dia yang bawak kereta na.Eyda takda lesen lagi harhar.Kami pergi pusing pusing Gurney dengan Queensbay Mall.Fuhhh,gilaa penat berjalan kat sana.Macam nak terjabut kaki pun ada haha.Pastu petang sikit baru kami pi lepak depan pantai.Nak buat romantik kata kan hehe.




Eceyeceyyy,tak tahan nak tergelak gila masa ni.Keja set time kat camera,pastu lari pi duduk ja haha.Kesian zarul ,jadi photographer tak bertauliah sat hehe.

Hat gambar ni,gagah nak bagi nampak quicksilver gak.Padahal haremmmm,tak nampak pun haha.Serius lawak,dengan orang duk tengok.Ada kami kesah hehe..Pastu depan kami tu ada bmw,wowwww rasa macam nak drive keta tu ja.Dah la warna biru pulak tu hahaha.Ok,nak keta tuu :D


Serius eyda seronok sangat hari tu walaupun sekejap je dapat jumpa.Harap harap lepas ni,zarul balik sini lagi.Balik la selalu,boleh keluar selalu hehe .Awak awak awak,thanks tau sebab bawak kita keluar hari ni.Sukaaa sangat sebab dapat teddy bear hat besar tuuuu hahaha :D Saya sayanggg awakkkk dan saya rinduuuuu awak :) Penat dah menaip,eyda stop kat sini la eh. Ok thanks for reading.Kbyee readers .