Sunday, January 8, 2012

maksud disebalik jari kita

Assalamualaikum readers:) Hari ni,eyda nak kongsi dengan korang semua pasal maksud disebalik 5 jari.Manusia dicipta oleh Allah S.W.T.mempunyai 5 jari tangan kanan dan 5 jari di tangan kiri.Jika diamati dan difikirkan dengan akal yang diberi,kita akan mendapati disebalik 5 jari itu tersimpan peringatan untuk kita.


Jari ibu:Jari yang besar dan pendek.Lambang kematangan dan kehebatan,juga simbolik kepada orang yang banyak pengalaman sehingga boleh dijadikan sebagai pakar rujuk.Peringatan untuk kita supaya menjadi manusia yang berguna dan membimbing masyarakat sekeliling ke arah jalan yang benar iaitu agama Allah S.W.T

Jari telunjuk:Jari yang mengungkap satu dan keesaan Allah S.W.T. ketika solat.Jari ini melambangkan ketokohan sebagai petunjuk dan menjadi contoh teladan kepada yang melihatnya.Ingatan kepada kita supaya sentiasa tertunjuk ke arah jalan yang benar tanpa berselindung di sebalik maksiat.

Jari hantu:Jari yang paling panjang.Zaman remaja ditinggalkan dan aaam dewasa menjengah.Pada peringkat ini(sekitar 30 an ke atas)kehidupan telah stabil.Tetapi patut diingatkan bahawa keadaan yang stabil ini bermulanya hantu-hantu yang cuba mengacau.Hantu hasad,hantu ego,hantu tamak dan pelbagai jenis hantu yang samseng.Disinilah keimanan banyak diuji,untuk menghindarinya gandakan amal ibadat.

Jari manis:Manisnya jari ini apabila tersarung sebentuk cincin.Ini melambangkan kehidupan manusia apabila masuk ke alam remaja.Disebalik kemanisannya,tersimpan cabaran dan dugaan.Juga telah dipertanggungjawabkan segala amalan yang wajib.Ketika ini,dperingatkan kepada kita untuk'amal makruf nahi mungkar' dengan sebenar-benarnya.

Jari kelingking:Kecil dan kerdil.Lambang seorang manusia yang bermula daripada kecil.Saat ini mengingatkan kita pada usia kanak-kanak yang mentah yang perlu dibimbing.Bagai kata pepatah'melentur buluh biarlah daripada rebungnya'.

Terima kasih sebab sudi baca entry eyda untuk hari ni.
Kayyy,baii readers:)

No comments:

Post a Comment